قال مصطفى صادق الرافعي
" إِنَّ هَذِهِ الْعَرَبِيَّةَ بُنِيَتْ عَلَى أَصْلٍ سِحْرِيٍّ يَجْعَلُ شَبَابَهَا خَالِدًا عَلَيْهَا، فَلاَ تَهْرُمُ وَلاَ تَمُوتُ،
لأَنَّهَا أًعِدَّتْ مِنَ الأَزَلِ فَلَكًا دَائِرًا لِلنَّيِّرَيْنِ العَظِيْمَيْنِ وَهُمَا : كِتَابُ اللهِ وَسُنَّةُ رَسُولِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَمِنْ ثَمَّ كَانَتْ فِيهَا قُوَّةٌ عَجَيبَةٌ مِنَ الاسْتِهْوَاءِ كَأَنَّهَا آخِذَةُ السِّحْرَِ
"

Mustafa Sodiq al-Rafiee pernah berkata :
"Sesungguhnya Bahasa Arab ini dibina di atas teras keindahan yang menjadikan usia mudanya kekal selama-lamanya. Ia tidak akan berubah menjadi tua dan tidak akan mati kerana ia telah dijadikan sejak azali lagi sebagai paksi pusingan kepada dua "sumber cahaya" yang agung ; iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya s.a.w. Oleh itu ia mempunyai kekuatan yang mengkagumkan dari sudut kehebatannya seolah-olah sebagai sumber keindahan tersebut.


 

MODUL LANJUTAN


BAM 1410 : Fiqh al-`Arabiyyah (فقه العربية)
Mendedahkan modus operandi aplikasi kaedah-kaedah Bahasa Arab dalam menghayati maksud sebenar al-Quran bersandarkan kepada olahan dan konteks ayat berkenaan. Analisis wacana surah al-Fatihah adalah model asas kepada modus operandi tersebut. Peserta akan dapat menghayati keindahan al-Quran dan ajarannya secara lebih dekat dengan kehisupan mereka seharian berasaskan mesej yang disampaikan oleh ayat-ayat berkenaan.


BAM 1411 : Bahasa & Hukum (أثر اللغة في الحكم الشرعي)
Mendedahkan peranan Bahasa Arab sebagai salah satu komponen utama keperluan Ijtihad dalam Islam. Ia akan menjelaskan pengaruh Bahasa Arab -dari sudut lafaz dan struktur- dalam menentukan sesuatu keputusan Ijtihad terhadap maksud sesuat ayat al-Quran dan Hadis yang sahih. Melalui ilmu ini peserta akan memahami punca-punca dan hikmat disebalik kewujudan berbagai mazhab fiqh dalam Islam.


BAM 1412 : Terjemahan al-Quran (الترجمة الحرفية للقرآن)
Memperkenalkan kaedah-kaedah asas menterjemah al-Quran secara "harfiyyah" dengan merujuk kepada disiplin morfologi, sintaksis dan semantik. Pelajar akan mengetahui pola-pola utama perkataan dan struktur ayat asas yang sering dipakai dalam al-Quran. Ia juga menggunakan asas-asas leksikografi perkamusan Arab.