MODUL PILIHAN
BAM 1305 :
Mutala`ah (القراءة والمطالعة)
Memperkenalkan teknik-teknik
aplikasi dan latihan amali Kemahiran Membaca dan Menulis berdasarkan
kaedah yang telah dipelajari dalam Modul-Modul Teras sebelumnya. Pelajar
akan didedahkan dengan pelbagai bentuk laras ayat Bahasa Arab melalui
teks bacaan yang bersesuaian dalam pelbagai bidang ilmu.
BAM 1306 :
Muhadathah (الاستماع والكلام)
Memperkenalkan 120 laras
pertuturan dan latihan amali Kemahiran Mendengar dan Bertutur
berdasarkan teknik-teknik yang telah terbukti berkesan. Pelajar akan
didedahhkan dengan konteks perbualan dan laras bahasa yang bersesuaian
daripada bentuk ayat mudah kepada ayat yang lebih kompleks. Sebanyak 30
konteks perbualan kehidupan seharian akan diperkenalkan.
BAM
1307 :
Tajwid & Qiraat (علم القرآن
والتجويد)
Mendedah kaedah Ilmu Tajwid
dan Qiraat Asas yang akan membantu para pelajar membaca al-Quran dengan
sebutan yang betul dan memahami pengaruh hukum bacaan pada makna ayat.
Pelajar akan dibimbing secara musyafahah (berdepan) untuk memastikan
mutu pengajian yang berkesan.
BAM
1308 :
Taranum (فن التلاوة)
Mendedah dan mempraktik seni
bacaan berlagu al-Quran seperti Hijaz, Sikah, Nahwand, Jiharkah dan
lain-lain. Pelajar akan mengetahui hubungan antara sesuatu lagu bacaan
dengan mesej ayat yang ingin disampaikan berdasarkan konteksnya.
BAM 1309 : Balaghah (علم
البلاغة)
Memperkenalkan pengertian
ilmu Balaghah dan kepentingannya dalam memahami rahsia-rahsia tersirat
disebalik sesuatu gaya bahasa ayat yang dibaca. Sistem olahan (نظام
التركيب), gaya bahasa anafora, metfora, personafikasi, bahasa
kiasan, biasan makna dan lain-lain lagi akan dapat memberitahu kita
keindahan yang tersembunyi disebalik ayat-ayat yang dibaca.
|