MODUL TERAS
BAM 1101
: Asas Bahasa Arab Mikro.
Memperkenalkan Asas Fonetik
BA ( الأصوات العربية ),
Tasrif 14, Asas Ayat (TEORI ISNAD) , Hukum Kombinasi
( أحكام المطابقة ) dan 10 bentuk
utamanya serta jenis-jenis Partikel Utama dalam BA. Pelajar akan dapat
membaca teks Arab dengan tanda baris dan memahami sistem ayat dalam BA.
BAM 1102
: Nahw I.
Mempelajari asas JUMLAH
FI`LIYYAH dan bentuk-bentuknya serta semua elemen yang berkaitan
seperti Kata Kerja (الفعل), Pelaku (الفاعل),
Pengganti Pelaku (نائب الفاعل) dan
Pelengkap-Pelengkapnya. Pelajar akan dapat memahami konteks dan rahsia
penggunaan jumlah ini dalam al-Quran.
BAM 1203
: Nahw II.
Mempelajari asas JUMLAH
ISMIYYAH dan bentuk-bentuknya serta semua elen yang berkaitan
seperti Mubtada, Khabar dan pelengka-pelengkapnya.
Pelajar akan dapat memahami konteks dan penggunaan jumlah ini dalam al-Quran.
BAM 1204
: Nahw III.
Mempelajari Frasa-Frasa
Pengembang Ayat seperti Objek (المفاعيل ),
Frasa Keterangan Kondisi (الحال), Frasa
Adjektif (النعت), Frasa Sendi (العطف), Sistem I`rab (نظام الإعراب), Sistem Bilangan (نظام العدد), dan Sistem Olahan Ayat BA melalui (كان / إن /
ظن ) dan gugusan masing-masing. Pelajar akan dapat menghayati
keindahan sistem olahan ayat BA dalam al-Quran.
|