JUDUL- JUDUL TERBITAN ALC
Suatu Introspeksi Baru Dalam Pembelajaran Komparatif

BAHAN ILMIAH
ALC telah berjaya menerbitkan beberapa buah antaranya termasuklah buku teks pengajian di Universiti Malaya Nilam Puri dan buku Pendidikan Islam untuk Politeknik seluruh Malaysia. Antara buku-buku keluaran ALC adalah seperti di bawah . Jika anda berminat untuk mendapatkannya , sila hubungi ALC melalui email , telefon , fax , surat atau datang terus ke ALC di Jalan Kuala Krai
Harga RM 20.00  * tidak termasuk kos penghantaran
Muka Surat 169 (saiz B5)
Tahun 2009
Pengarang Mohd Rosdi Ismail (DR)
Kategori Tatabahasa (Modul Praktikal Kemahiran Menulis)
Bahasa Pengantar Dwi Bahasa ( Arab & Melayu)
Maklumat Tambahan Edaran terhad dan tidak dijual di pasaran terbuka.
Sinopsis

Buku ini adalah modul yang telah disusun khusus untuk menguasai kemahiran menulis peringkat PMR, PMRU dan SPM .Ia terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu : MEMBINA FRASA, MEMBINA AYAT dan MENGEMBANG AYAT. Bentuk latihan telah disusun mengikut urutan tatabahasa Arab dari peringkat asas (penggunaan Ganti Nama) hinggalah kepada sistem atau kerangka ayat dan rangkaikata-rangkaikata yang berfungsi sebagai pengembang ayat. Kesemua tajuk latihan telah diolah menjurus kepada isu-isu yang berkaitan dengan dunia pelajar itu sendiri.

ISI KANDUNGAN    LAMAN CONTOH


Harga RM 50.00  * tidak termasuk kos penghantaran
Muka Surat 248 (saiz B5)
Tahun 2009
Pengarang Mohd Rosdi Ismail (DR) dan rakan.
Kategori Modul Bahasa Arab Komunikasi
Bahasa Pengantar Bahasa Arab ( dengan bantuan terjemahan dalam bahasa Melayu)
Maklumat Tambahan Edaran terhad dan tidak dijual di pasaran terbuka.
Sinopsis

Buku ini merupakan modul Bahasa Arab Komunikasi I Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Ia bertujuan membawa pelajar memahami dan menghayati asas utama Bahasa Arab Mikro dalam konteks perbualan harian mereka. Ganti Nama dan Acuan Kata 14 adalah paksi utama kepada Modus Operandi P&P setiap tajuk yang disenaraikan. Teori Isnad dan Sistem Ayat 10 adalah landasan utama kepada proses membina ayat-ayat mudah Bahasa Arab sama untuk tujuan komunikasi lisan atau bertulis.

ISI KANDUNGAN    LAMAN CONTOH


Formula Bahasa Arab Mikro : Binaan Kata Dan Fungsi Makna
 
Harga RM 25.00  * tidak termasuk kos penghantaran
Muka Surat 359 (saiz B5)
Tahun 2003
Pengarang Mohd Rosdi Ismail (DR)
Kategori Tatabahasa (Rumus-Rumus Asas)
Bahasa Pengantar Dwi Bahasa ( Arab & Melayu)
Maklumat Tambahan Edaran terhad dan tidak dijual di pasaran terbuka.
Sinopsis

Buku ini berupa himpunan rumus-rumus asas BA yang perlu dipelajari oleh sesiapa yang ingin menguasai Bahasa Arab secara benar-benar berkesan. 51 Formula Asas Bahasa Arab Mikro telah disusun secara hireraki untuk memudahkan penguasaan. Ia adalah terapan kepada penemuan Dr. Tammam Hassan dalam bentuk olahan semula yang lebih hampir dengan dunia pelajar Melayu.

ISI KANDUNGAN    LAMAN CONTOH



Pengkayaan Kosa Kata Bahasa Arab Mikro : Teknik dan Aspek
 
Harga RM 25.00  * tidak termasuk kos penghantaran
Muka Surat 238 (saiz B5)
Tahun 2005
Pengarang Mohd Rosdi Ismail (DR)
Kategori Tatabahasa (Morfo-Sintaksis)
Bahasa Pengantar Dwi Bahasa ( Arab & Melayu)
Maklumat Tambahan Edaran terhad dan tidak dijual di pasaran terbuka. (edisi kedua)
Sinopsis

Buku ini adalah jilid kedua daripada siri-siri aspek pengkayaan kosa kata Bahasa Arab. ia mendedahkan TEKNIK PENGKAYAAN kosa kata  yang berkesan merangkumi Sumber Kosa Kata Bahasa Arab, Teori Pengkayaan Bahasa, Senarai Perkataan Popular, Gaya Olahan Kata (menggunakan WAZAN KATA BERIMBUHAN), Frasa Seerti, Frasa Idiomatik dan contoh-contoh aplikasi yang mudah.

ISI KANDUNGAN    LAMAN CONTOH



Pengantar Akidah Islamiah
 
Harga RM 15.00  * tidak termasuk kos penghantaran
Muka Surat 98 (saiz B5)
Tahun 2003
Pengarang Johari bin Mat (Dr) - kini bertugas sebagai Ketua Eksukutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bharu
Kategori Akidah islam
Bahasa Pengantar Bahasa Arab
Maklumat Tambahan Edaran terhad dan tidak dijual di pasaran terbuka.
Sinopsis Menerangkan tentang asas-asas akidah islam yang antaranya meliputi bab-bab tauhid , sifat Allah dan konsep akidah dan syahadah



Semantik Bahasa Arab Mikro (BALAGHAH)
 
Harga RM 25.00  * tidak termasuk kos penghantaran
Muka Surat 221 (saiz B5)
Tahun 2003
Pengarang Mohd Rosdi bin ismail (Dr)
Kategori Semantik Bahasa Arab
Bahasa Pengantar Bahasa Arab (Semantik)
Maklumat Tambahan Edaran terhad dan tidak dijual di pasaran terbuka.
Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang makna-makna tersirat yang boleh difahami disebalik setiap struktur dan makna permukaan sesuatu ayat. Proses perkaitan makna (ISNAD), rukun-rukun ayat, unsur-unsur olahan dan elemen-elemen pelengkap ayat adalah antara perkara yang diberi penekanan. Kesemua aspek-aspek tersebut telah digarapkan dengan contoh-contoh daripada ayat-ayat al-Quran. Hubungan hubungan antara sistem bahasa dan konteks ayat ditonjolkan dengan sebaik mungkin supaya para pembaca dapat memahami rahsia tersirat yang ingin disampaikan oleh al-Quran.

ISI KANDUNGAN    LAMAN CONTOH


5 Kemahiran Bahasa Arab Dengan Pendekatan Baru
 
Harga RM 25.00  * tidak termasuk kos penghantaran
Muka Surat 334 (saiz B5)
Tahun 1999
Pengarang Mohd Rosdi bin ismail (Dr)
Kategori Latihan Kemahiran Bahasa Arab
Bahasa Pengantar Bahasa Arab
Maklumat Tambahan Buku ini sedang dalam proses penambah baikan semula.
Sinopsis Buku ini disusun khas melalui pendekatan yang lebih mudah meggunakan method pengkajian Bahasa Arab di Asia Tenggara.Ia merupakan modul yang mudah dikuasai dengan penumpuan 5 aspek utama :
1. Pembentukan Bahasa –Bentuk dan Fungsi
2. Struktur Ayat Bahasa
3. Analisis Wacana
4. 3 ekmahiran penulisan
5. Laras-laras perbualan

 

Morfologi Bahasa Arab Mikro
 
Harga RM 15.00  * tidak termasuk kos penghantaran
Muka Surat 221 (saiz B5)
Tahun 2000
Pengarang Mohd Rosdi bin ismail (Dr)
Kategori Tatabahasa (Morfologi)
Bahasa Pengantar Dwi Bahasa ( Arab & Melayu)
Maklumat Tambahan Tidak diterbitkan lagi. (Jika perlu, sila hubungi ALC di talian 014-838 4040).
Sinopsis Buku ini mmemberi penekanan kepada "Bentuk dan Fungsi Makna" setiap kelompok golongan kata. Kata Kerja, Kata Dasar, Kata Sifat, Kata Nama, Ganti Nama, Adverb, Partikel dan Kata Kelainan adalah 8 golongan kata utama Bahasa Arab yang dibincang.

ISI KANDUNGAN    LAMAN CONTOH



Al-Mutalaah Al-Arabiah
 
Harga RM 15.00  * tidak termasuk kos penghantaran
Muka Surat 49 (saiz B5)
Tahun 2003 (cetakan kedua)
Pengarang Mohd Rosdi bin ismail (Dr)
Kategori Koleksi esei Bahasa Arab untuk kemahiran membaca.
Bahasa Pengantar Bahasa Arab
Maklumat Tambahan Tidak diterbitkan lagi. (Jika perlu, sila hubungi ALC di talian 014-838 4040).
Sinopsis Buku ini mengandugi koleksi teks-teks bacaan dalam bahasa Arab yang sesuai untuk pelajar peringkat menengah tinggi. Ia adalah teks sukatan yang pernah digunakan di Akademi Pengajian Islam Nilam Puri pada tahun 2002 -2003



Sintaksis Bahasa Arab (NAHU)
 
Harga RM 25.00  * tidak termasuk kos penghantaran
Muka Surat 249 (saiz B5)
Tahun 2002 (cetakan keempat)
Pengarang Mohd Rosdi bin ismail (Dr)
Kategori Tatabahasa (Sintaksis)
Bahasa Pengantar Bahasa Arab
Maklumat Tambahan Edaran terhad dan tidak dijual di pasaran terbuka.
Sinopsis Buku ini adalah ringkasan kepada semua tajuk-tajuk penting dalam Ilmu Nahu Bahasa Arab (al-Nahwu al-Wafi). Ia telah diolah dan disusun dalam bentuk yang lebih menarik serta mudah untuk dicapai oleh para pembaca. Contoh asal dikekalkan dengan penambahan contoh-contoh daripada al-Quran.

ISI KANDUNGAN    LAMAN CONTOH



Pendidikan Islam : Asas Dan Praktik
 
Harga RM 25.00  * tidak termasuk kos penghantaran
Muka Surat 277 (saiz B5)
Tahun 2002 (cetakan keempat)
Pengarang Abd Samat bin Haji Hamzah
Kategori Pendidikan Islam (Akidah & Syariah)
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Maklumat Tambahan Edaran terhad dan tidak dijual di pasaran terbuka.
Sinopsis Buku ini adalah pengantar untuk mereka yang ingin mengenali agama Islam dan mempraktikan amalan ibadah seharian. Ia merangkumi aspek akidah dan hukum-hukum syarak yang asas. Sangat sesuai sebagai panduan kepada anak-anak yang baru mempelajari Asas-Asas Fardhu Ain.

ISI KANDUNGAN    LAMAN CONTOH   UJIAN LISAN



Bahasa Arab Mikro (SORAF)
 
Harga RM 25.00  * tidak termasuk kos penghantaran
Muka Surat 312 (saiz B5)
Tahun 2002 (cetakan keempat)
Pengarang Mohd Rosdi bin Ismail (DR)
Kategori Morfologi Bahasa Arab
Bahasa Pengantar Bahasa Arab
Maklumat Tambahan Edaran terhad dan tidak dijual di pasaran terbuka.
Sinopsis Buku ini mmemberi penekanan kepada "Bentuk dan Fungsi Makna" setiap kelompok golongan kata. Kata Kerja, Kata Dasar, Kata Sifat, Kata Nama, Ganti Nama, Adverb, Partikel dan Kata Kelainan adalah 8 golongan kata utama Bahasa Arab yang dibincang. Ia adalah versi asal kepada buku MORFOLOGI BAHASA ARAB MIKRO.



Tamadun Islam : Panduan Dan Sukatan
 
Harga RM 15.00  * tidak termasuk kos penghantaran
Muka Surat 135 (saiz B5)
Tahun 2002 (cetakan keempat)
Pengarang Abd Samat Haji Hamzah
Kategori Sejarah / Tamaddun
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Maklumat Tambahan Edaran terhad dan tidak dijual di pasaran terbuka.
Sinopsis Buku ini disusun menyentuh beberapa aspek utama dalam Tamadun Islam dengan tujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada pembaca agar mereka lebih berminat dan yakin terhadap peradaban Islam.Merupakan buku teks Politeknik Malaysia.

ISI KANDUNGAN    LAMAN CONTOH