Pelajar SPM terbaik negeri Kelantan dengan 14A1
 
Farhan muncul sebagai calon tunggal daripada 34,700 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005 yang mencapai keputusan 14 1A dan diumumkan sebagai pelajar terbaik peperiksaan itu di peringkat negeri Kelantan. Menurut beliau lagi, tiada sebarang petua untuk berjaya dalam peperiksaaan selain berusaha gigih dan tenang dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

Menurut Farhan, dia mengambil masa sekurang-kurangnya lima jam sehari untuk belajar ketika di rumah dan tidak ketinggalan mengadakan sembahyang hajat terutamanya ketika peperiksaan semakin hampir. Menurut Farhan lagi, beliau mengambil mata pelajaran tambahan seperti Bahasa Arab Tinggi, Geografi, Perdagangan dan Prinsip Akaun. Baginya subjek tersebut memberi peluang cerah kepadanya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ikuti rakaman temubual yang dijalankan oleh Ustaz Mohd Rosdi, pensyarah Arabic Languange & Consultancy (ALC) Sdn. Bhd., tempat beliau mempelajari Bahasa Arab Tinggi.