KERTAS KERJA DASAR
 

Pihak Arabic Language & Consultant dengan bangganya memperkenalkan Program "Tahbib Al-Lughah 1" iaitu satu pendekatan mudah untuk mempelajari dan menguasai asas-asas bahasa Arab peringkat menengah rendah ( Tingkatan 1 - 3 ).

Ia adalah program yang disusun dan diolah berasaskan pendekatan tabii proses pembelajaran bahasa Arab dengan mengambil kira hirarki perkembangan struktur bahasa Arab. Aspek utama yang akan ditekankan dalam program ini ialah:-

  • Proses pembelajaran bahasa Arab secara interaktif - melalui komunikasi dua hala antara guru dan murid dan sesama murid.

  • Menggunakan bahasa Arab sebagai medium pengantar.

  • Pengenalan kepada rumus-rumus bahasa Arab (Asas) secara penaakulan (Teknik Faham & Ingat).

  • Cara berfikir dalam bahasa Arab.

  • Membekalkan sebanyak 100 - 300 kosa kata asas bahasa Arab.

Oleh itu program ini adalah satu jawapan kepada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai kemahiran Bahasa Arab. Ia akan dapat MENARIK MINAT mereka untuk belajar. Ia juga boleh memberi keyakinan diri untuk mereka berdikari. Perincian mengenai program ini kami sediakan dalam bentuk PDF, anda boleh melayarinya di bawah ini.

KKD Program "Tahbib al-Lughah 1"