BAM 11316
أثر اللغة في الحكم
BAHASA DAN HUKUM

 

KETERANGAN

Iaitu modul khas tentang pengaruh Bahasa Arab terhadap Ijtihad para Mujtahid dalam mengeluarkan hukum-hakam daripada nas. Dimensi ijtihad dan tahap kefahaman seseorang Mujtahid memberi kesan yang besar terhadap keputusan ijtihadnya. Oleh itu modul ini cuba mendedahkan hakikat tersebut dengan menyentuh perkara-perkara berikut;-

  • Pengertian Ijtihad, bidang dan syarat kahlian seseorang Mujtahid.

  • Kepentingan Bahasa Arab sebagai salah satu syarat Ijtihad.

  • Pengaruh Bahasa Arab terhadap perbezaan Ijtihad.

 

PERHATIAN :

Anda mungkin tidak dapat memahami beberapa istilah atau konsep yang diutarakan, tetapi kami memberi jaminan bahawa anda akan dapat memahami semua itu dengan mengikuti pengajian di kelas-kelas kami yang bertauliah.

 

 

CONTOH TEKS KAJIAN

NOTA
Dalam teks tersebut kajian boleh dilakukan pada penggunaan partikel (ب) pada perkataan (برؤوسكم). Menurut kaedah bahasa Arab, ia boleh membawa pelbagai fungsi mankna nahuan seperti "penggunaan", "adverba", "tempelan" dan lain-lain lagi. Setiap satu fungsi nahuan ini mempengaruhi cara "menyapu" air wuduk pada bahagian kepala sama ada sepenuhnya (Mazhab Malik) atau sebahagian sahaja (Mazhab Syafie).

Begitu juga kesan pengimbuhan melalui wazan atau pola kata (فاعل) pada perkataan (لامستم) yang memberi kesan perbezaan makna cara "sentuhan" berlaku antara lelaki dan wanita. Pebezaan maksud tersebut memberi kesan kepada tahap sah atau batal sesuatu wuduk apabila berlaku sentuhan antara lelaki dan wanita bukan muhram.

 

 

MODUL-MODUL PENGAJIAN
 
BAM 1313 : Ilmu Balaghah | BAM 1314 : Fiqh Al-Arabiyyah | BAM 1315 : Terjemahan Al-Quran
BAM 1316 : Bahasa & Hukum | BAM 1317 : Wacana Islam
 
MODUL TERAS | MODUL KEMAHIRAN | MODUL LANJUTAN | ILMU-ILMU ISLAM
 
PERINGATAN
Hak Cipta adalah milik Allah s.w.t.
Namun menciplak idea orang lain dan menerbitkannya sebagai idea sendiri
adalah perangai orang-orang munafiq.

KEMBALI