أهداف الدراسة
Objektif Pengajian

تنوير التفكير الإسلامي بالعلوم العربية والألوهية
Menswadaya Alam Pemikiran & Ibadah Muslim
Melalui Dunia Akademik Islam & Ilmu-Ilmu Bahasa Arab demi:-

  • Menanam kesedaran tentang peranan Bahasa Arab dalam menjana pemikiran ummah.

  • Membudayakan Bahasa Arab sebagai bahasa rujukan dalam kehidupan muslim.

  • Mewujudkan kembali hubungan Bahasa Arab dengan Dunia Akademik Islam.

  • Menghayati penagruh Bahasa Arab dalam Ibadah muslim.

WAJARAN
Sudah sekian lama -sejak kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924M/1343H- ilmu-ilmu Islam telah mula dipisahkan daripada bahasa Arab. Ramai "sarjana" hari ini sudah tidak mampu lagi merujuk sumber-sumber asal ilmu Islam yang ditulis dalam Bahasa Arab. Lebih malang lagi masih -bahkan semakin- ramai orang Islam yang sudah tidak kenal tulisan jawi yang menjadi bahasa pilihan yang paling hampir kepada ilmu-ilmu Islam. Hasilnya buku-buku tulisan pemikir barat atau yang ditulis dalam bahasa Inggeris menjadi galang ganti. Amat menyedihakan lagi apabila ada daripada kalangan kita yang memperlekehkan ilmu-ilmu Bahasa Arab dengan menganggapnya sekadar "alat" semata-mata. Atas kelemahan tersebut kami tampil untuk memenuhi objketif-objektif di atas.

 

Pusat Ilmu ALC
 
Falsafah | Objektif | Konsep | Modul Pengajian | Kursus-Kursus Baru | Jadual Pengajian
Taklimat Kursus | Tenaga Akademik | Yuran | Peperiksaan | Pentauliahan  | Testimoni

KEMBALI