|
أهداف الدراسة
Objektif Pengajian
تنوير
التفكير الإسلامي بالعلوم العربية والألوهية
Menswadaya Alam Pemikiran & Ibadah Muslim
Melalui Dunia Akademik Islam & Ilmu-Ilmu Bahasa Arab
demi:-
-
Menanam kesedaran tentang
peranan Bahasa Arab dalam menjana pemikiran ummah.
-
Membudayakan Bahasa Arab
sebagai bahasa rujukan dalam kehidupan muslim.
-
Mewujudkan kembali
hubungan Bahasa Arab dengan Dunia Akademik Islam.
-
Menghayati penagruh
Bahasa Arab dalam Ibadah muslim.
WAJARAN
Sudah sekian lama -sejak kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun
1924M/1343H- ilmu-ilmu Islam telah mula dipisahkan daripada bahasa Arab.
Ramai "sarjana" hari ini sudah tidak mampu lagi merujuk sumber-sumber asal
ilmu Islam yang ditulis dalam Bahasa Arab. Lebih malang lagi masih -bahkan
semakin- ramai orang Islam yang sudah tidak kenal tulisan jawi yang menjadi
bahasa pilihan yang paling hampir kepada ilmu-ilmu Islam. Hasilnya buku-buku
tulisan pemikir barat atau yang ditulis dalam bahasa Inggeris menjadi galang
ganti. Amat menyedihakan lagi apabila ada daripada kalangan kita yang
memperlekehkan ilmu-ilmu Bahasa Arab dengan menganggapnya sekadar "alat"
semata-mata. Atas kelemahan tersebut kami tampil untuk memenuhi
objketif-objektif di atas.
|