الدرس الأول
PELAJARAN 1

الحصة الأولى / MASA PERTAMA

I - Lihat, Dengar dan Ulangsebut (أولا : شاهد واستمع وكرر - 20 دقيقة )

Objektif : Memperkenalkan bunyi-bunyi Bahasa Arab

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

1 Pelajar menonton video dan menyebut apa yang didengar
2 Guru mengenalpasti kesalahan-kesalahan pelajar ketika menyebut bunyi perkataan berkenaan
3 Guru meminta pelajar lain menyebut perkataan berkenaan dengan betul dan diiktui oleh pelajar yang melakukan kesilapan berkenaan.
4 Guru menyebut kembali dengan sebutan yang betul
   

II - Lihat dan Namakan ( انظر وسم - 10 دقائق )

Objektif : Memastikan pelajar dapat mengingati perkataan berkenaan melalui gambar

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

1 Menunjukkan gambar kepada pelajar.
2 Meminta setiap pelajar menyebut nama lokasi gambar berkenaan.
3 Jika salah, guru hendaklah meminta pelajar menyebut sehingga betul.
4 Guru meminta semua pelajar menyebut nama lokasi berkenaan.
   

III - Lihat, Dengar dan Padankan ( شاهد واستمع ثم قابل - 30 دقيقة  )

Objektif : Menguji ketepatan ingatan pelajar dan sebutan yang betul

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

1 Menunjukkan gambar kepada pelajar.
2 Meminta setiap pelajar padankan perkataan dengan gambar berkenaan.
3 Guru meminta pelajar berkenaan menyebut nama lokasi yang dipamirkan
4 Pelajar-pelajar lain membuat pengesahan sama ada betul atau salah.
   

الحصة الثانية / MASA KEDUA

IV - Dengar & Ingat ( استمع وتذكر - 15 دقيقة )

Objektif : Memastikan supaya pelajar mengingati Huruf-Huruf Hijai

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

1 Mendengar lagu-lagu (Video) Huruf-Huruf Hijai
2 Guru menyanyikan lagu berkenaan dan diikuti oleh pelajar (secara berangkap)
3 Meminta pelajar menyanyikannya secara berkumpulan ( 5 orang pelajar / kumpulan )
4 Meminta setiap pelajar menyanyikan lagu tersebut secara solo.
   

V - Dengar dan Ulang ( استمع وردد - 15 دقيقة )

Objektif : Memastikan supaya pelajar dapat menyebut nama Huruf-Huruf Hijai

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

1 Guru menyebut dan pelajar mengikutinya.
2 Guru meminta seorang pelajar menyebut (mengikut pecahan yang telah dibuat) dan pelajar lain mengulanginya
3 Pelajar menyebut Huruf Hijai tanpa melihat kepada buku.
4 Guru menguji hafalan beberapa orang pelajar (secara rawak).
   

VI - Lihat dan Sebut ( انظر وانطق - 10 دقائق )

Objektif : Memastikan supaya pelajar mengenali nama-nama lambang bunyi Bahasa Arab

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

1 Guru menulis lambang huruf dan meminta pelajar berkenaan menyebut namanya. (Boleh guna power point / kad imbasan)
2 Guru meminta pelajar lain membuat pembetulan pada kesalahan yang dilakukan oleh pelajar berkenaan.
3 Guru menulis lambang dan meminta pelajar menyebutnya beramai-ramai.
4 Guru menguji hafalan beberapa orang pelajar (secara rawak).
   

VII - Sebut Nama Huru-Huruf Yang Digugurkan ( اذكر الحروف الساقطة - 10 دقائق )

Objektif : Memastikan supaya pelajar benar-benar mengingati susunan Huruf Hijai.

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

1 Guru meminta pelajar mengisi/menulis lambang bunyi berkenaan.
2 Guru meminta pelajar berkenaan membaca urutan Huruf Hijai mengikut apa yang ditulis (pelajar dipilih secara rawak)
3 Jika berlaku kesalahan, guru meminta pelajar lain menyebutnya hingga betul.
4 Guru boleh mainkan video lagu Huruf Hijai sekali lagi  (untuk hafalan)
   

VIII - Lihat dan Susun ( انظر ورتب - 10 دقائق )

Objektif : Memastikan supaya pelajar benar-benar mengingati susunan Huruf Hijai.

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

1 Guru meminta pelajar nomborkan di bawah lambang-lambang bunyi (Huruf Hijai) berkenaan mengikut susunan yang telah dihafal.
2 Guru meminta pelajar berkenaan menyebut nombor huruf berkenaan dan pastikan ianya betul (mengikut urutan)
3 Guru menulis huruf berkenaan dan meminta pelajar menyebut nombor susunannya.
4 Guru boleh mainkan video lagu Huruf Hijai sekali lagi  (untuk hafalan)
   

الحصة الثالثة / MASA KETIGA

IX - Lihat, Dengar dan Sebut ( انظر واستمع ثم ردد - 30 دقيقة )

Objektif : Mengenal Makhraj Huruf dan Menyebut Huruf-Huruf Sukar dengar betul.

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

1 Guru menunjukkan rajah Makhraj Huruf dan memperdengarkan sebutan contoh.
2 Guru meminta pelajar menyebut bunyi perkataan berkenaan dengan betul.
3 Guru menguji sebutan berkenaan pada pelajar yang lain
4 Guru perlu mengulang langkah-langkah tersebut untuk mana-mana perkataan (makhraj) yang sukar.
   

XI - Lihat, Dengar dan Bezakan ( استمع وانطق وميز - 30 دقيقة )

Objektif : Menyebut dan membezakan antara bunyi-bunyi yang hampir sama.

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

1 Guru meminta pelajar menyebut bunyi dalam dua contoh berkenaan.
2 Guru menjelaskan perbezaan antara dua bunyi berkenaan dan membuat sebutan contoh.
3 Pelajar mengulang sebut antara dua bunyi berkenaan sehingga tepat.
4 Guru perlu mengulang langkah-langkah tersebut untuk setiap contoh kepada semua pelajar.
   

الاختبار / PENILAIAN

FORMAT SOALAN : Antara bentuk-bentuk soalan yang boleh disediakan ialah ;-

Ujian Lisan
  1. Sila sebut bunyi perkataan yang didengar
  2. Baca perkataan-perkataan berikut dengan
  3. Nyanyikan lagu Huruf Hijai.
  4. Sebutkan nama Huruf-Huruf Hijai berikut.
  5. Sebutkan nombor susunan Huruf-Huruf Hijai berikut.
  6. Sebutkan bunyi perkataan berikut berdasarkan makhraj huruf yang betul
  7. Bezakan antara bunyi ( ? ) dan ( ? ) dalam dua perkataan berikut
   
Ujian Bertulis
  1. Tuliskan Huruf-Huruf Hijai mengikut susunannya.
  2. Tulis nama-nama benda dalam gambar berikut.