الدرس الثالث : التعارف
PELAJARAN 3 : BERKENALAN

الحصة الأولى / MASA PERTAMA

I - Dengar dan Ulang (أولا - استمع وردد - 30 دقيقة )

Objektif : Mendengar, Menyebut dan Mengingat dialog - ms 16

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

Induksi
  • Sebaik melangkah masuk ke dalam kelas, guru mengucapkan صباح الخير .  Sebahagian besar murid mungkin tidak akan dapat menjawab. Guru boleh mainkan video (صباح الخير) berikut sebagai contoh perbualan.

 

  • Atau guru terus menunjukkan contoh perbualan dalam power point yang dibekalkan.

Proses P & P seterusnya ;-

1 Guru memperdengarkan keseluruhan dialog muka surat 16 kepada pelajar beberapa kali  (sebelum pelajar membuka buku)
2 Minta pelajar buka buku dan perhatikan tulisan teks yang diperdengarkan.
3 Kemudian, guru mengikut kesemua langkah 1 hingga 10 proses P & P yang telah disediakan pada muka surat 243-245 (dalam buku teks)
 
  • PERINGATAN :-
    - Pastikan pelajar menyebut semua perkataan dengan gaya dan bunyi sebutan yang tepat.
    - Prose P&P akan benar-benar berkesan jika dilaksanakan dalam kumpulan yang lebih kecil (10-15 orang pelajar sahaja). Guru tidak perlu rasa bersalah jika bilangan pelajar sesebuah kelas melebihi jamlah yang ditetapkan.
    - Pastikan proses P&P berjalan dalam masa yang diperuntukkan ( 30 minit/muka surat).
* GURU MESTI MELATIH BETUL-BETUL SEMUA PELAJAR DALAM MASA YANG DIPERUNTUKKAN. Pastikan semua pelajar dapat menguasai dialog berkenaan.

II - Dengar dan Ulang (ثانيا - استمع وردد - 30 دقيقة )

Objektif : Mendengar, Menyebut dan Mengingat dialog - ms 17

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

Induksi
  • Guru boleh mainkan video (السلام عليكم) berikut untuk meneruskan pengajaran. Ia dijangka boleh menarik minat mereka untuk menerima dialog baru.

Proses P & P seterusnya ;-

 
  • PERHATIAN :-
    - Guru hanya perlu mengikut kesemua langkah P&P yang sama seperti di atas.
* GURU MESTI MELATIH BETUL-BETUL SEMUA PELAJAR DALAM MASA YANG DIPERUNTUKKAN. Pastikan semua pelajar dapat menguasai dialog berkenaan.


الحصة الثانية / MASA KEDUA

III & IV - Dengar dan Ulang (ثالثا و رابعا - استمع وردد - 60 دقيقة )

Objektif : Mendengar, Menyebut dan Mengingat dialog - ms 18 & 19

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

Induksi
  • Guru boleh memperkenalkan dirinya sendiri kepada pelajar mengikut laras teks dalam muka surat 18.
  • Kemudian guru menunjukkan contoh perbualan dalam power point yang dibekalkan.

Proses P & P seterusnya ;-

1 Guru meminta murid mendengar dialog teks berkenaan beberapa kali (sehingga jelas dan dapat dihayati)
2 Guru meminta mereka membacanya secara beramai-ramai.
3 Guru meminta setiap murid memperkenalkan diri masing-masing berpandukan laras ayat dalam teks. Pelajar hanya perlu mengubah fakta asal kepada fakta yang berkait dengan diri mereka.
 
  • PERINGATAN :-
    - Pastikan pelajar menyebut semua perkataan dengan gaya dan bunyi sebutan yang tepat.
    - Pastikan pelajar tidak melihat kepada teks bertulis pada langkah ke-3 tersebut.
    - Guru perlu pastikan ketepatan aspek gender (jantina) pada perkatan yang terlibat (terutama pada baris terkahir)
* GURU MESTI MELATIH BETUL-BETUL SEMUA PELAJAR DALAM MASA YANG DIPERUNTUKKAN. Pastikan semua pelajar dapat menguasai dialog berkenaan.


الحصة الثالثة / MASA KETIGA

V dan VI - Dengar dan Ulang (خامسا - استمع وردد - 60 دقيقة )

Objektif : Mendengar, Menyebut dan Mengingat dialog - ms. 20 dan 21

Langkah-langkah P & P adalah seperti berikut :-

Induksi
  • Guru boleh menggunakan video ( أنت ربي ) di bawah sebagai intro kepada Ganti Nama ( أنت ) yang akan dipelajari dalam muka surat 20 dan 21.

 

  • Atau guru boleh memulakan pengajaran dengan memperkenalkan dirinya dengan berkata ( أنا محمد ) -sebagai contoh-, kemudian bertanya ( من أنت ) kepada salah serorang pelajar dalam kelas.

Proses P & P seterusnya ;-

1 Guru memperdengarkan keseluruhan dialog muka surat 20 dan 21 kepada pelajar beberapa kali  (sebelum pelajar membuka buku)
2 Minta pelajar buka buku dan perhatikan tulisan teks yang diperdengarkan.
3 Kemudian, guru mengikut kesemua langkah 1 hingga 10 proses P & P yang telah disediakan pada muka surat 243-245 (dalam buku teks)
 
  • PERINGATAN :-
    - Sila beri penekanan kepada perkataan berhuruf tebal (warna biru) dalam kedua-dua dialog muka surat 20 dan 21.Ia adalah GAYA BAHASA yang perlu dikhafaz oleh pelajar.
tatabahasa
  • Aspek JANTINA yang boleh dilihat pada perkataan berikut ;-
    -
    أنتَ dan أنتِ
    - طالب dan طالبة
    - كاتبة

Kerja Rumah ( واجبات منزلية )

MS  KERJA RUMAH (Aktiviti Luar Kelas )  - Jika ada pertanyaan sila hubungi 014-838 4040  (Dr. Mohd Rosdi)
23 OBJEKTIF : Melatih Pelajar Menulis.
Pelajar hendaklah membaca perkatan yang telah disambung dan memerhatikan susunan huruf yang telah diceraikan selepasnya Setelah memahaminya, pelajar perlu menyambung huruf-huruf tersebut menjadi perkataan yang lengkap.
24 OBJEKTIF : Melatih Pelajar Menghafal.
Pelajar cuba menterjemah ucapan-ucapan dalam Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Arab. Sebaik-baiknya pelajar menterjemah tanpa melihat teks asal. Namun jika tidak mampu, pelajar boleh melihat teks dan mengulang tulis terjemahan tersebut beberapa kali sehingga dapat mengingati kesemua teks dalam Bahasa Arab berkenaan.
25 OBJEKTIF : Menguasai Gaya Bahasa
Pelajar hanya perlu menukar perkataan berwarna merah (dalam contoh yang diberi) dengan senarai kosa kata yang telah diberi untuk setiap contoh berkenaan. Latihan ini memerlukan penghayatan yang mendalam.
26 OBJEKTIF : Melatih pelajar menulis secara gramatikal
Pelajar perlu membuat padanan antara Ganti Nama (sebagai Subjek) dengan ayat yang berseusaian sebelahnya (sebagai Predikat). Pastikan ia betul dari sudut jantina. Lebih berkesan jika pelajar menyalin semula padanan yang telah dibuat ke dalam bentuk sebuah karangan pendek.
27 OBJEKTIF : Menghafal Ganti Nama
Pelajar WAJIB menghafal ganti nama tersebut sebagai mana yang telah disusun dalam jadual dan memahami CIRI-CIRI KONSTRUKSI yang  ada di sebalik setiap ganti nama. Cara hafalan terbaik ialah dnegan menggunakan tangan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah.
# Huraian lanjut tentang jadual ini boleh dirujuk dalam Formula 2, 3 dan 4 Buku Bahasa Arab Mikro
28 OBJEKTIF : Aplikasi penggunaan Ganti Nama Bahasa Arab
1- Pelajar menginta kembali kedudukan Ganti Nama BA pada sebelah kanan jadual.
2- Pelajar memerhati perubahan Ganti Nama yang berlaku pada perkataan
(طالب) dari GN (أنا) hingga (هن)
3- Pelajar membuat aplikasi untuk perkataan seterusnya

الاختبار / PENILAIAN

FORMAT SOALAN : Antara bentuk-bentuk soalan yang boleh disediakan ialah ;-

Ujian Lisan
  1. Bertanya secara spontan kepada pelajar sebagaimana dialog dalam muka surat 16 dan 17.
  2. Meminta pelajar memperkenalkan diri secara ringkas (lihat muka surat 18 dan 19)
  3. Meminta pelajar menjawab soalan (perbualan) berdasarkan teks yang telah dihafal (muka surat 20 dan 21)
   
Ujian Bertulis
  1. Meminta pelajar menulis kembali apa yang telah disebut dalam perbualan.
  2. Pelajar menulis secara ringkas tentang diri mereka.
  3. Mengisi tempat kosong dalam sesebuah dialog dengan jawapan yang munasabah.