![]() |
Kata-Kata Aluan Y.Bhg. Tn. Haji Mohd Ghaus bin Abdul Kadir Pengarah Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kurikulum Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia |
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين الذي وفقنا نحن في إدارة التطوير وتقييم المناهج في الوزارة لتقييم منهج اللغة العربية الاتصالية (1) كمادة اختيارية لمعاهد التقنيات العالية في ماليزيا ومن جميع الجوانب وعلى حسب الضوابط والأسس المتبعة .
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi berjaya menerbitkan Modul Kursus Elektif Bahasa Arab 1.
ونظرا للجهود الجبارة والمميزة التي بذلها محاضرو معاهد التقنيات العالية في ماليزيا في الورشة التي أقيمت من تاريخ 13 إلى 19 من أوكتوبر 2008 في مركز التدريب والتأهيل للشئون الاجتماعية الماليزية (ESSET) بولاية سلانجور ، وهذا إن دل على شيء فإنما يدل على رغبتهم الجامحة والتزماتهم الجادة نحو إحيا اللغة العربية وتطويرها وإعدادها كمنهج أساسي في تعليمها وإدخالها في حياة طلبة المعاهد .
Sesungguhnya semakan dan pemurnian isi kandungan modul yang dilakukan oleh pensyarah-pensyarah Pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi semasa Bengkel Metodologi Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Elektif Bahasa Arab 1 pada 13 hingga 19 Oktober 2008 di Institut Latihan Keselamatan Sosial (ESSET) adalah menggambarkan komitmen mereka yang besar iaitu menjadikan Kursus Elektif Bahasa Arab 1 ini satu kursus yang senang dipelajari dan digemari oleh pelajar-pelajar politeknik.
وأنا أتمنى من الله أن يكون هذا المنهج مفيدا ومساعدا لطلبتنا في تعلم هذه اللغة ، ونظرا لما رأيناه من خلال الورشة فقد قررنا أن هذا المنهج أسس على طرق جيدة ومفيدة حيث يمكن للطلبة من خلاله استخدام اللغة العربية في حياتهم اليومية ، وكذلك رأينا أنه قد استخدم فيه أدوات كثيرة ومساعدة لمعلمي هذا المنهج كالقرص المضغوط الذي يستخدم بطريقة مسموعة لفهم محتوى هذا المنهج .
Harapan saya agar dengan adanya modul seperti ini para pelajar akan lebih mudah mempelajari bahasa Arab kerana isi kandungan modul yang dibangunkan ini berdasarkan kepada keadaan persekitaran dan komunikasi harian pelajar di politeknik. Modul ini turut disertakan dengan cakera liut yang mengandungi audio visual dan slide powerpoint yang boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan, seterusnya membantu pelajar menguasai Bahasa Arab dengan lebih baik.
ولهذا أسأل الله تعالى أن ينفعنا جميعا بما في هذا المنهج وأن يجزي كل من قام بإعداده عنا خير الجزاء ، والسلام
Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu sehingga modul ini dapat dibangunkan dan diterbitkan dengan jayanya.
Sekian, Wassalam.

………………………………………..
Tn. Haji Mohd Ghaus bin Abdul Kadir