Penghargaan
Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Latihan dan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi serta Jabatan Pengajian Am dan Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Politeknik Kota Melaka kerana telah berjaya menganjurkan Bengkel Metodologi Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Elektif Bahasa Arab 1 pada 13 hingga 19 Oktober 2008 bertempat di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET). Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada jawatankuasa kerja bengkel tersebut yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah agama di politeknik kerana bertindak sebagai panel penggubal, penyemak dan penyunting modul yang dibangunkan ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua pelajar dan pensyarah di Politeknik dan diterima oleh Allah SWT sebagai jariah yang berkekalan sehinggalah ke hari kiamat, Amin.