![]() |
اللغة العربية
الاتصالية Dr.
Mohd Rosdi Ismail |
![]() |
Modul ini telah dibangunkan berasaskan konsep BAHASA ARAB MIKRO yang memberi penekanan kepada aplikasi fungsi bahasa dalam konteks penggunaan sebenar para pelajar politeknik-politeknik di Malaysia. Modul pertama ini memberi penekanan kepada kemahiran mendengar dan bertutur sebagai aktiviti utama proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Manakala kemahiran membaca (memaham) dan menulis pula diolah dalam bentuk tugasan luar kelas sebagai aktiviti susulan. Secara keseluruhan ini, modul ini bertujuan membawa pelajar memahami dan menghayati asas utama bahasa Arab Mikro melalui pendekatan saintifik. Ganti Nama dan Acuan Kata 14 adalah paksi utama kepada modus operandi P&P setiap tajuk yang disenaraikan dalam modul ini. TEORI ISNAD dan SISTEM AYAT 10 adalah landasan utama kepada proses membina ayat-ayat mudah bahasa Arab sama ada untuk tujuan komunikasi lisan atau bertulis. Ia adalah terapan amali kepada penemuan kajian ALC pada tahun 2005. |
![]() |
CD suplemen ini
didatangkan khas bersama buku BAHASA ARAB KOMUNIKASI SATU, Politeknik
Kemnterian Pengajian Tinggi Malaysia. Mengandungi 2 bahagian iaitu POWER
POINT dan BAHAN INDUKSI. CD suplemen ini diharap dapat membantu pengguna memahami dengan lebih mendalam lagi konsep BAHASA ARAB MIKRO yang memberi penekanan kepada Aplikasi Fungsi Bahasa dalam konteks penggunaan sebenar para pelajar politeknik-politeknik Malaysia. |
![]() |
Kulit Depan CD BAHAN BANTU SET INDUKSI P&P |
![]() |
Kulit Depan CD POWER POINT BAHASA ARAB KOMUNIKASI |