|
FASAL 1 : 1996 - 2001
Pada 23 JUN 1996 ALC Arabic Language & Consultancy telah di daftarkan di
Pejabat Pendaftaran Perniagaan (sekarang diperdadankan sebagai
Suruhanjaya Syarikat Malaysia), Bangunan Tabung Haji Lama, Kota Bharu
Kelantan.
Bangunan Wsma Haji Omar bin Mohd Yusuf (Tukang Emas) adalah lokasi pertama
yang menempatkan pejabat ALC.

View Larger Map
Pada tahun 1997, aktiviti ALC hanya tertumpu kepada kerja-kerja penyelidikan
untuk mencari suatu pendekatan yang paling sesuai dan berkesan untuk orang
Melayu menguasai Bahasa Arab di Asia Tenggara. Antara aktiviti yang
dijalankan ialah ;-
1- Kelas bimbingan / tuisyen Bahasa Arab untuk peringkat PMR, SMU dan SPM
2- Menulis draf awal modul Bahasa Arab.
Pada tahun 1998, ALC mula menceburi bidang penerbitan dengan menyusun semula
nota-nota pengajian di Pra Akademi Islam, Univerisiti Malaya, Nilam Puri,
Kota Bharu. Usaha ini telah berterusan hingga ke tahun 2000.
Pada tahun 1999, ALC ditamatkan kontrak sewaan dan telah berpindah (menumpang)
di pejabat Perunding Azansha Sdn Bhd di kawasan berdekatan untuk kelas
pengajiannya sahaja. Segala urusan pejabat dilaksanakan di rumah.
Pada akhir tahun 1999, ALC telah berpindah ke Simpang Empat Pasir Hor
dan terus beroperasi sehingga tahun 2002.
 View Larger Map
Antara aktivititi yang dijalankan
dalam tempoh ini ialah;-
1- Mengedit dan menerbitkan buku-buku Pra Akdemi Islam, Universiti Malaya,
Nilam Puri, Kota Bharu
2- Menerbitkan buku Pendidikan Islam dan Tamadun islam untuk Politeknik Kota
Bharu.
3- Mengadakan Bengkel Bahasa Arab Mikro untuk peringkat PMR dan SPM di
sekolah-sekolah agama di Malaysia
4- Meneroka Asas Pemiiran Bahasa Arab Mikro oleh Prof Dr. Tammam Hassan.
5- Menerbitkan buku Lima Kemahiran Bahasa Arab.
Ia adalah buku sulung ALC.
Pada tahun 2000, ALC telah berjaya menerbitkan buku
Morfologi Bahasa Arab Mikro sebagai cetusan
awal kepada hasrat pembaharuaan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Arab di Malaysia. Buku ini telah dijual diseluruh Malaysia. Ceramah telah
diadakan di sekolah-sekolah agama aliran Arab dan sambutan adalah
menggalakan. Di samping itu, ALC juga telah rancak mengadakan bengkel Bahasa
Arab Mikro peringkat PMR dan SPM di kebanyak sekolah-sekolah SMKA dan SMA di
seluruh Malaysia.

Tahun
2000,
2001,
2002
dan 2003
adalah tempoh ALC melangkah keluar mengajurkan bengkel-bengkel bimbingan
kepada para pelajar peringkat PMR, SPM dan STPM untuk menguasai Bahasa Arab
dengan lebih cemerlang dan berkesan. Siri bengkel ini telah mendapat
sambutan yang menggalakkan dan juga memberi pengalaman yang sangat berguna
sebagai kajian rintis kepada penghasilan buku utama Formula Bahasa Arab
Mikro. Ia adalah rujukan utama kepada konsep Bahasa Arab Mikro yang
diperkenalkan oleh ALC. Ia menyentuh aspek makna dan bentuk setiap golongan
kata dalam bahasa Arab. Hingga kini ia masih merupakan rujukan utama kepada
para pengajar bahasa Arab dai Malaysia.
Pada tahun 2002,
ALC sekali lagi berpindah ke bangunan baru di Nilam Puri, Kota Bharu,
Kelantan. Hingga kini ALC masih beroperasi di lokasi tersebut ;-
 View Larger Map
Aktiviti pengajaran
dan penerbitan telah berkembang dengan pesat.
Golongan dewasa adalah sasaran utama program pengajian di ALC. Memahami al-Quran
dan teks bahasa Arab serta menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu adalah
objektif utama pengajian ini. Cikgu Abdul Rahman Wanik (usahawan dari Bachok)
dan Ustazah Wan Faezah binti Haji Abdul Kadir (pemilik bangunan) adalah dua
tonggak utama yang benyak membantu perkembangan AlC diperingkat ini. Selain
pengajaran dan penyelidikan, ALC juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan
yang berasaskan ICT di bangunan tersebut. Fotostat, Cyber Cafe, Stationary,
Servis Komputer dan pelbagai bentuk kerja-kerja grafik dan "stamping".
Tahun
2004 hingga 2007 adalah tempoh malap. Banyak aktiviti ALC
terbantut dan tidak dapat dilaksanakan seperti yang telah dijadualkan.
Bagaimanapun pada
tahun 2008, ALC bangkit kembali dan telah berjaya mengadakan
kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina Modul Bahasa
Arab Komunikasi 1 untuk Politeknik-Politeknik Malaysia. Modul ini telah
dibangunkan berasaskan pendekatan Bahasa Arab Mikro. Ia adalah sumbangan
sulong ALC kepada negara.
Modul ini telah
dinilai bersama dalam Bengkel Metodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus
Elektif Bahasa Arab 1 pada 13-19 Oktober 2008 dengan para pensyarah dari
seluruh Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Pusat Laitan
KWSP (ESSET), Bandar Baru, Bangi Selangor.
Mereka yang
terlibat dalam menyiapkan modul ini ialah Mohd Rosdi bin ismail (Ph.D),
Abdullah Tahmin bin haji Abdul Latiff (MA), Abdul Khaaleq Mohamed M. Rubiaee
al-Libiyy (MA), Ameen Ali Mohammed Abdul Razzaaq al-Yemeniy (BA) dan Zam
Uswati bin Musa (Dip).

   
Bengkel Metodologi P&P
Politeknik-Politeknik Malaysia pada 13-19 Oktober 2008
Pada tahun 2009,
ALC kembali aktif semula. Aktiviti pengajaran telah diberi nafas baru
melauli sistem pengajian yang lebih ekonomik dan kompetitif. Sistem
pengajian telah diubah kepada semester dan isi kandungan kursus telah
dipecahkan kepada segmen-segemn yang lebih pendek dan tepat dengan masa yang
diperuntukkan.
   
Taklimat Dip. Pengajian B.
Arab Mikro pada 3 Oktober 2009
Aktivit
penyelidikan dan penerbitan juga kembali bertenaga. Modul Asas Bahasa Arab
Mikro dan Modul Kemahiran Menulis PMR/SPM telah diterbitkan dengan jayanya.
Ia mula mendapat sambutan yang menggalakan. Buku Pengkayaan Kosa Kata Bahasa
Arab Mikro juga telah disunting dengan beberapa penambahan baru.
 
Pada tahun ini juga
ALC telah mengadakn Kursus Intensif Bahasa Arab Mikro dalam peringkat asas
dan pengukuhan. Segalanya berjalan dengan lancar dan berjaya. Para peserta
terdiri daripada pelajar-pelajar peringkat PMR/SPM/Diploma dan juga orang
awam yang berminat untuk menguasai bahasa Arab. Respon para peserta
menunjukkan mereka berpuashati dan mencapai objektif yang ditetapkan.
   
Taklimat Dip. Pengajian B.
Arab Mikro pada 26 Mei 2009
Usaha penjenamaan
semula ALC juga giat dijalankan. Pusat Bahasa Arab Mikro adalah imej utama
dalam usaha memperkenalkan produk Bahasa Arab Mikro di peringkat Asia
Tenggara. "ArabMIkro" juga adalah salah satu produk ALC dalam bentuk e-pembelajaran
yang sedang diusahakan pada masa kini.
|