منهج الدراسة
Metode Pengajian

منهج تحليلي تقابلي وظيفي
Menggunakan Metode Analisis Kontrastif Fungsian. Iaitu suatu introspeksi baru pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua untuk tujuan khas berasaskan kepada pemahaman fungsi linguistik melalui analisis kontrastif ke atas rumus-rumus bahasa berkenaan.


  • HALANGAN
    Melalui siri bengkel yang telah diadakan di sekolah-sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) diseluruh Semenanjung Malalaysia dari tahun 2000-2006 (untuk perinmgkat PMR dan SPM), kajian diperingkat MA (1995), Ph.D (2005) dan pengalaman mengajar sejak 1991-2008 di Universiti Malaya, Dr. Mohd Rosdi bin Ismail telah mendapati bahawa pelajar bahasa Arab di Malaysia berdepan dengan tiga masalah utama seperti berikut ;-

  1. Metodologi pengajaran dan pembelajaran yang tidak bertepatan dengan kumpulan sasaran dan objektif yang ingin di capai.
     

  2. Sikap atau tanggapan negatif pelajar bahawa BA itu susah untuk dipelajari.
     

  3. Hilang Fokus Minda” dalam menguasai aspek asas Bahasa Arab.


  • PENYELESAIAN
    Untuk mengatasi ketiga-tiga halangan besar tersebut, beliau telah membuat kajian kontrastif antara BA dan BM untuk mencari titik-titik persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya. Berpandukan dapatan daripada kajian tersebut beliau telah berjaya mengesan punca-punca utama kepada setiap halangan tadi. Hasilnya beliau telah menyusun suatu pendekatan pembelajaran bahasa Arab yang lebih hampir dengan konsep budaya bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kini beliau telah berjaya menyusun 51 Formula Bahasa Arab Mikro dan beberapa siri buku tatabahasa Arab yang berpandukan pendekatan NAHU MAKNA.


  • TESTIMONI
    Sehingga hari ini, PENDEKATAN MIKRO ini telah berjaya menarik minat ramai pelajar dewasa (sebahagian besarnya adalah pesara) untuk mengikuti pengajian bahasa Arab yang berciri akademik seperti yang diajar di universiti-universiti di negara Malaysia hari ini. Pada tahun 2008 ini sahaja seramai 68 orang pelajar dewasa telah mendaftar untuk mengikut program PENGAJIAN BAHASA ARAB MIKRO & ILMU-ILMU ISLAM yang ditawarkan.
     

  • Selain itu pendekatan mikro ini juga telah berjaya melahirkan pelajar peringkat menengah (lepasan SPM) mempertingkatkan kemahiran BA dalam tempoh yang singkat. Antaranya ialah;-

       


  • SANDARAN
    Kami percaya bahawa BAHASA ARAB ITU TELAH DIPERMUDAHKAN oleh Allah s.w.t. untuk dipelajari. Cuma kami perlu berusaha mencari dan mencari pendekatan yang dijamin oleh Allah s.w.t. itu. Firmannya ;-


  • PEMBELAJARAN SECARA FITRAH
    Hingga kini kami masih yakin dengan konsep "Pembelajaran Secara Fitrah" seperti yang telah dipakai oleh Allah s.w.t. dalam mencipta semua makhluk di alam ini. Konsep tersebut boleh digambarkan melalui gamrajah pokok di bawah :-

  •  Kami sangat yakin dan percaya dengan kekuatan dan keteguhan yang ada pada konsep ini kerana ia telah menjadi lambang kekuatan orang Islam seperti yang disebut oleh Allah s.w.t. dalam firmanya:-


  • KERANGKA BAHASA ARAB MIKRO
    Secara ringkas, Kerangka Bahasa Arab Mikro boleh dilakarkan seperti berikut;-


  • MODUS OPERANDI BAHASA ARAB MIKRO
    Manakala modus operandi Bahasa Arab Mikro pula adalah seperti berikut;-

 

  • RUMUS-RUMUS UTAMA
    Rumus-rumus utama pembelajaran bahasa Arab mikro ialah ;-

RUMUS 1 : GANTI NAMA DIRI


RUMUS 2 : LEBUH RAYA MAKNA MORFOLOGI

 

RUMUS 3 : TEORI PERKAITAN MAKNA


 

RUMUS 4 : STRUKTUR AYAT

 

RUMUS 5 : PAKSI BAHASA ARAB MIKRO

 

Pusat Ilmu ALC
 
Falsafah | Objektif | Konsep | Modul Pengajian | Kursus-Kursus Baru | Jadual Pengajian
Taklimat Kursus | Tenaga Akademik | Yuran | Peperiksaan | Pentauliahan  | Testimoni

KEMBALI