دراسات اللغة العربية الوظيفية
PENGAJIAN BAHASA ARAB MIKRO SESI PENGAJIAN 2007

BAM 1101 : Elementari    BAM 1102 : Morfologi    BAM 1203 : Asas Nahu   
BAM 1204 : Asas Pembacaan    BAM : 1305 : Nahu Lanjutan    BAM : 1306 Penulisan    BAM : 1307 : Komunikasi

 


تقدم لكم مادة جديدة
memperkenalkan modul baru

فقه العربية
BAM 1410 Fiqh al-`Arabiyyah

H/P : 013-991 5818 email:rosdi@arabic.com.my

 

PENGENALAN
Ia adalah modul yang disusun khusus untuk melihat kesan bahasa terhadap makna atau mesej yang ingin disampaikan melalui ayat-ayat al-Quran. Di samping itu peserta juga akan dibekalkan dengan maklumat-maklumat tambahan daripada sumber-sumber yang muktabar dari perpustakaan Islam.

OBJKETIF
Objektif modul ini ialah menimbulkan kesedaran yang lebih tajam terhadap makna atau mesej yang ingin disampiakan oleh al-Quran dengan menghayati “ruh makna” melalui unsur-unsur bahasa yang dipelajari

METODOLOGI
Modul ini diolah melalui pendekatan linguisitk dengan maklumat tambahan dari pelbagai bidang ilmu Islam seperti akidah, syariah, sains, falsafah, metafizika dan apa-apa bidang yang ada kaitan dengan tajuk yang dibincang.

RUJUKAN ASAS
Modul ini disusun berasaskan kitab TAFSIR AL-QURTUBI dengan disokong oleh sumber rujukan yang lain.

PERINGKAT ANALISIS
Setiap “Teks Kajian Pilihan” akan dianalisis melalui tahap-tahap berikut :-

  1. Jumlah kosa kata yang terdapat dalm teks berkenaan berserta dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu.
  2. Aspek Fonologi yang melihat kepada bentuk ujaran sesuatu perkataan daam teks yang dikaji sama ada kekal dengan sebutan asal atau berubah kepada sebutan yang baru oleh sebab-sebab tertentu.
  3. Aspek Morfologi yang melihat kepada proses pembentukan kata dan kesesuaiannya dengan fungsi makna yang ingin disampaikan. Ia juga meninjau kesan psikologi yang terhasil melalui setiap perkataan yang dipakai dalam teks tersebut.
  4. Aspek Sintaksis yang mengkaji peranan struktur ayat teks berkenaan dan keupayaannya dalam menyampaikan makna.
  5. Semantik yang melihat kepada pengaruh teks tersebut terhadap sikap dan pengamalan masyarakat terhadap mesej yang ingin dibawa dalam kehidupan mereka setiap hari.
  6. Tafsir pilihan yang dikemukakan oleh para Ulama Islam tentang teks yang dikaji.

SUKATAN

  1. Isti'azah
  2. Basmalah
  3. Al-Fatihah
  4. Al-Ikhas
  5. Petikan daripada surah-surah pilihan

DAPATAN
Dengan mengikuti kursus ini, peserta akan dapat merasai kemanisan bahasa Al-Quran yang ingin disampaikan oleh ALLAH SWT kepada kita semua. Modul ini telah terbukti menarik melalui pembelajaran rintis yang telah diadakan pada bulan September 2006. Sehingga kini ia telah disertai oleh seramai 17 orang pelajar.

PENYERTAAN
Kursus ini (Fiqh al-`Arabiyyah) terbuka kepada sesiapa yang telah mengikut Kursus BAM 1101, BAM 1102 dan BAM 1203 di ALC atau mempunyai asas bahasa Arab (Nahu & Sorf) yang setaraf dengannya. Modul ini amat bersesuaian untuk disertai oleh para guru atau pendakwah.