Budak
6 tahun jadi pensyarah jemputan universiti

|
Maximiliano Arellano del la Noe.
|
TOLUCA, Mexico 29 April - Kecil-kecil cili padi. Ungkapan ini
sesuai digunakan untuk menggambarkan kebolehan seorang
kanak-kanak di Mexico yang menjadi pensyarah jemputan di
universiti.
Maximiliano Arellano del la Noe cuma baru berusia enam tahun,
tetapi kanak-kanak ini dianugerahkan daya ingatan yang tinggi
dan mempunyai pengetahuan dalam bidang perubatan.
Kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh de la Noe telah
mendorong pusat-pusat pengajian tinggi di Mexico mengundangnya
menyampaikan ceramah dalam beberapa persidangan dan juga forum
perubatan.
Malah sejak berusia dua tahun lagi, kanak-kanak pintar ini
telah menyampaikan ceramah mengenai topik perubatan.
Kelmarin, de la Noe telah diundang oleh Universiti Autonomi
Mexico di sini untuk menyampaikan ceramah pada satu persidangan
bertajuk ``Punca dan Kesan-Kesan Pereputan Tulang''
(osteoporosis) yang dianjurkan untuk pelajar-pelajar
perubatannya yang tiga atau empat kali lebih tua daripadanya.
Selepas menyampaikan ceramah, universiti itu menghadiahkan
sijil penghargaan kepada Maximiliano sebagai mengiktiraf
kebolehannya yang luar biasa itu.
- Agensi |