بسم الله الرحمن الرحيم
PENGENALAN
- Kursus ini merupakan kursus rintis yang
disusun untuk membantu pelajar menguasai empat kemahiran asas BA (mendengar,
membaca, bertutur dan menulis) dengan pantas sebagai persediaan awal mereka
untuk melanjutkan pelajaran ke univerisiti-universiti di negara-negara Timur
Tengah.
- Kursus ini amat bermanfaat kepada para peserta
kerana ia mendedahkan mereka skil menguasai bahasa Aran dengan mudah, pantas
dan begitu menyeronokan. Pelajar tidak akan sentiasa ingin dan ingin untuk
mendapatkan segala input dan skil kemahiran bahasa Arab yang diperlukan oleh
mereka dari awal hingga akhir kursus.
- Berdasarkan luahan rasa para peserta di akhir
kursus ini, pihak kami berpendapat mereka telah memperolehi apa yang mereka
inginkan dan mendapati mereka amat berpuas hati dengan apa yang telah
dipersembahkan serta setimpal dengan bayaran yang dikenakan.
OBJEKTIF
- Membantu para peserta membina keyakinan diri
untuk menggunakan BA dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
- Membekalkan para peserta strategi terkini
untuk menguasai BA dengan pantas dan berkesan.
- Memperkenalkan teknik baru yang mudah dan
moden dalam mempelajari dan menguasai BA.
TEMPOH
- Tempoh krusus ditentukan berdasarkan latar
belakang BA para peserta dan juga tahap IQ dan EQ mereka. (Tempoh anjal
bergantung kepada keperluan)
METODOLOGI
- Kursus diolah dalam bentuk modul amali yang
berasaskan kepada empat kemahiran asas, iaitu mendengar, membaca, bertutur
dan menulis.
YURAN & PENYERTAAN
- Yuran dikenakan mengikut jumlah jam kursus
yang diplih dan bergantung kepada jumlah para peserta setiap kursus.
- Jumalah penyertaan ialah (minima dari 5 dan
maksima hingga 10 peserta sahaja untuk setiap sesi)
- Tertakluk kepada bentuk pengisian dan modul
yang dipilih :-
1- Modul Asas : RM10/jam
2- Modul Advance : RM20/jam
3- Modul Eksekutif : RM30/jam